Tugas pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) kelantan bukan hanya memadam kebakaran.<br />Sejak pandemik COVID-19 melanda negara, JPBM Kelantan juga terlibat secara langsung dalam pengebumian jenazah pesakit COVID-19.<br />Sebahagian besar urusan itu dilakukan dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini susulan peningkatan mendadak kes COVID 19 di negeri itu berbanding hanya 12 kes pengebumian tahun lalu.